Sumber resipi:@kualihelena
Bahan-bahan, diperapkan selama 1~2 jam/semalaman:
250g daging (guna ayam) hiris nipis
1 sdt serbuk kunyit
1/4 sdt baking soda
Bahan-bahan sos:-
15 biji cili padi hijau, ketuk
2 batang serai, ketuk
4 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah, hiris nipis
2 sdm sos tiram
1 sdm sos tomato
Gula palm
Maggi serbuk cukup rasa
Daun ketumbar
Caranya:-
Panaskan minyak, goreng daging (ayam) bersama bawang merah dan bawang putih.
Masak sehingga daging (ayam) berubah warna.
Masukkan serai, daun limau purut, cili padi dan goreng lagi sehingga wangi.
Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam (garam jika perlu). Kacau rata.
Angkat dan letak atas pinggan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Nota: baking soda akan membuat daging menjadi lembut, tak perlu dibasuh selepas perap. Daun ketumbar wajib ada bagi menambah kesedapan daging/ayam masak siam.
No comments:
Post a Comment