Monday 25 November 2019

Ayam Goreng Ketumbar























Bahan-bahan, diperap selama +/- 3 jam:
Kepak ayam
Sos tiram
Sedikit kicap pekat
Kicap manis
Maggi Seasonings
Serbuk ketumbar
Serbuk lada sulah
Serbuk cili kashmiri
Bijan
Daun pandan dipotong kecil

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Tepung gandum

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:-
Selepas diperap, keluarkan kepak ayam dari peti sejuk, biarkan sebentar.
Panaskan minyak dikuali.
Ambil tepung beras dan tepung gandum, masukkan kedalam bekas yang berasingan.
Setelah minyak panas, ambil seketul ayam gaulkan pada tepung beras dulu diikuti dengan tepung gandum, goncangkan lebihan tepung, sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Gorengkan ayam bersama daun pandan dengan menggunakan api yang sedang.
Goreng sehingga ayam masak.
Toskan minyak.


No comments:

Post a Comment