Monday 25 November 2019

Ayam Renih Kacang Panjang






Sumber resipi: via youtube themeatmen channel. Asal resipi menggunakan isi ikan dan peria

Bahan-bahan untuk ayam goreng, diperapkan selama 30 minit:
Ayam dipotong kecil
Serbuk lada
Sedikit garam
1/2 biji putih telur

Bahan-bahan salutan ayam:
Tepung kentang, guna tepung jagung

Minyak menggoreng

Cara menggoreng ayam:
Panaskan minyak dikuali.
Keluarkan ayam dari peti sejuk, ambil seketul ayam dan gaulkan pada tepung kentang, goncangkan lebihan tepung sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Goreng ayam sehingga berwarna kecoklatan, angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Bahan-bahan tumis:
Bawang putih dihiris
Halia muda dihiris
Daun bawang bahagian putih dihiris

Bahan-bahan sos:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap pekat
Kacang hitam
Sedikit gula

Air secukupnya

Kacang panjang atau peria dihiris
Cili merah dihiris 
Daun bawang hijau dihiris

Caranya:-
Gunakan minyak menggoreng ayam tadi, gorengkan sebentar kacang panjang, angkat dan toskan minyak.
Keluarkan minyak tadi dan masukkan sedikit sahaja minyak tadi semula kedalam kuali.
Masukkan bahan-bahan tumis, bawang putih, halia dan daun bawang putih, kacau sebati.
Masukkan peria (kalau menggunakan peria) atau masukkan ayam, kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
Masukkan air sedikit sahaja kerana ayam sudah digoreng tadi, tutup dengan penutup.
Sesekali dikacau sebati, masak sehingga kering air.
Masukkan kacang panjang setelah ayam empuk, kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi putih hangat.

No comments:

Post a Comment