Saturday, 22 September 2012

Biskut Snow Almond










Resipi: Citarasawan / Sumber : Yatie




Bahan A:
250g butter
150g gula castor ( Kim guna 100g gula castor )
1 sudu kecil esen vanilla
50g serbuk badam

Bahan B:
300g tepung Red Rose ( Kim guna tepung gandum )
50g tepung kastard
50g susu tepung
40g tepung jagung

Bahan Hiasan:
Coklat masakan - cairkan secara double boiler
Sedikit Breadcrumbs putih - untuk menyalut

Caranya:
Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canai dan terap dengan acuan yang disukai.
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan biskut atas redai.
Celup biskut dalam coklat masakan yang telah dicairkan secara double boiler.
Golekkan biskut ke dalam breadcrumbs.
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment