Sunday, 23 September 2012

Ayam Serai Bersos Tiram


Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong keping
Serai dititik
Daun limau purut disiatkan
Sos tiram
Sos ikan
Garam secukup rasa, jika perlu
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
Cili merah
Cili api
Bawang merah
Bawang putih

Caranya:
Masukkan minyak sedikit di dalam kuali, tumiskan serai, daun limau purut sehingga wangi, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga wangi.
Masukkan isi ayam dan kacau sebati, masukkan sedikit air untuk memasak ayam sehingga empuk.
Setelah ayam masak bolehlah dimasukkan sos tiram, sos ikan dan garam jika perlu.
Kacau sebati dan padamkan api.
Hidang bersama nasi panas. 

No comments:

Post a Comment