Saturday, 22 September 2012
Jemput-Jemput Sayuran
Bahan-bahan:
Tepung gandum
Daun Kuchai
Taugeh
Lobak merah - diparut
Bawang besar - dimayang halus
Bawang putih - diparut halus
Halia - diparut halus
Kuib ikan bilis
Garam secukupnya
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Caranya:
Panaskan minyak didalam kuali.
Masukkan kesemua bahan-bahan didalam besen, kecuali air.
Kacau dengan rata, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang disukai ( setengah orang suka jemput-jemput yang nipis ).
Ambil adunan masukkan 1 sudu besar didalam kuali dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Hidang bersama sos kegemaran anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment