Bahan-Bahan: ( +/- 200 biji )
1 1/2 cawan tepung kek (Tepung naik sendiri)
3/4 cawan gula halus ( Kim guna 1/4 cawan gula halus)
250g Buttercup / mentega
1 biji telur
1/2 camca teh vanila
Cornflakes secukupnya ~ 400 - 500g - diramas kasar-kasar
Caranya:
Pukul butter dan gula halus dengan senduk kayu hingga agak kembang.
Masukkan telur dan vanila (digaul sebati).
Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga rata. (Jangan tambah tepung adunan ini agak lembik).
Gunakan dua sudu kecil ambila - 1/2 sudu kecil dan dropkan ke dalam cornflakes gaulkan dan susun dalam loyang dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
Bakar dalam 15 - 20 min, suhu 160C sehingga agak kekuningan.
(Adunan in akan meleper).
(Nota Kim : Kim tak dropkan adunan dengan cornflakes sebaliknya Kim ramaskan sedikit cornflakes dan dimasukkan pada aduan. Sebab itu cookies cornflakes Kim tidak meleper. Walaupun cara membuat tidak sama biskut tetap sedap dan crunchy dengan bahan-bahan yang tidak mewah seperti kekacang, nestum, raisin dsb)
No comments:
Post a Comment