Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam dibersihkan dan buang segala lelemak
4 biji Ubi Kentang dibelah 4
2 biji tomato
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Serai dititik
Santan secukupnya
Bahan tumis diblend (1):
Bawang merah
Rempah beraini
Rempah kari dalam 2 sudu besar
Bahan-bahan diblend (2) dijadikan paste
Bawang putih
Halia
Sedikit air
Caranya:
Panaskan minyak sedikit untuk menumis bawang merah dan serai. Kacau sehingga harum, masukkan ayam, tomato dan ubi kentang. Dibalikkan sebentar kemudian masukkan rempah beraini dan rempah kari kacau rata.
Masukkan rempah paste bawang putih & halia. Tutupkan seketika sesekali dikacau nanti hangus dibahagian bawah.
Masukkan santan dan garam secukupnya. Kepekatan kuah ikut selera masing-masing.
Sedap dimakan bersama nasi, roti ataupun lempeng.
No comments:
Post a Comment