Tuesday 21 August 2012

Kuih Kasturi / Kuih Rengas / Kuih Kacang Hijau


 Resipi: Hasue

Bahan-bahan:  
1 cawan kacang hijau - dibersihkan dan rendamkan semalaman
3/4 cawan gula pasir ( Kalau nak manis bolehlah bubuh 1 cawan gula )
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau

Caranya:
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika, rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
Apabila air rebusan hampir kering, tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar-benar kering (Hendaklah dikacau selalu apabila hampir kering untuk menggelakkan berkerak atau hangus.
Setelah benar-benar kering barulah dimasukkan gula dan garam tadi.  Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair itu.  Biarkan renih dan kering lagi sekali....kacau sekali sekala dan pastikan mengguna api sederhana.
Apabila sudah mula kering, perlahankan api dan kacau sentiasa.
Untuk memastikan inti kacang hijau sudah masak, kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang.....senyap macam kita menanak nasi dan tiada bungi seperti kata Hasue plup-plup, tandanya inti kacang hijau sudah masak.
Padamkan api dan sejukkan inti kacang hijau sepenuhnya sebelum dibentuk.

Bahan-bahan membuat adunan tepung / batter:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning

Minyak secukupnya untuk menggoreng lebih kurang 2 cawan

Caranya:
Dalam bekas, campurkan tepung, margerin, garam dan gula.  Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati.  Tambahkan sedikit pewarna kuning.
Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Cara Kim membuat batter:
1/2 cawan tepung gandum
1-1/2 sudu makan tepung kentang
1/3 sudu makan marjerin
Garam sedikit
Serbuk kunyit sedikit
Air secukupnya

Dalam bekas, masukkan kedua-dua tepung, serbuk kunyit, garam dan masukkan marjerin dan gaul ramaskan seperti serbuk roti.
Masukkan air secukupnya dan kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak, celupkan batter dengan inti kacang hijau dan goreng sehingga kuning keemasan.
 

 

No comments:

Post a Comment