Bahan-bahan:
Ikan Kembung dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, ketepikan
Serai - dititik
Daun kunyit - dicarik
Bahan rempah diblend hingga halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit
Kunyit hidup sedikit
Cili Hijau
Cili api hijau
1 biji buah keras
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit santan
Caranya:
Masukkan minyak untuk menggoreng ikan dan goreng sehingga masak (Kim suka yang garing).
Keluarkan sedikit minyak untuk menumis serai titik, daun kunyit dan rempah yang diblend tadi.
Tumis sehingga harum. Masukkan santan dan garam secukupnya. Dikacau sehingga masak dan angkat.
Kim tidak menggunakan santan yang banyak sebab nak kuahnya pekat sedikit.
Hidangkan bersama nasi putih panas.
No comments:
Post a Comment