Friday 8 June 2012

Sayuran Campuran Udang Kering Belacan


Bahan-bahan:
Terung - dipotong serong nipis
Bendi - dipotong serong
Kacang Botol - dipoton serong
Tauhu (optional) - dipotong memanjang
Petai

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
Udang Kering - direndam sehingga tak bergaram

Bahan-bahan penumis:
Bawang putih
Bawang merah
Belacan

Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup rasa
Air sedikit
Sos ikan

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan udang kering dan tumis sehingga harum kemudian barulah dimasukkan bawang putih, bawang merah dan belacan, tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan terung dan dikacau lagi sehingga terung bertukar warna.
Masukkan bendir, kacang botol dan petai dikacau sehingga rata, masukkan sedikit air.
Dikacau lagi sehingga sayuran hampir masak, masukkan garam, sos ikan dan tauhu.

(Nota: kalau nak menyelerakan lagi potongkan serong cili merah sebagai pewarna dan perasa, dimasukkan semasa sayuran hampir masak)


No comments:

Post a Comment