Friday 8 June 2012

Kek Cawan Nutella

Source: Puan Azlita (Masam Manis)

Bahan-bahan:
180gm mentega
100gm gula kastor
3 biji telur (saiz kecil Kim guna 4 biji telur)
1 sudu kecil esen vanila
200gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
30ml susu segar
Nutella secukupnya
Papercup secukupnya

Caranya:
Panaskan oven 170C.
Susukan cawan kertas di dalam loyang muffin.  Ketepikan.
Ayakkan tepung dan baking powder.  Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan esen vanila dan terus memukul.
Masukkan tepung dan susu secara berselang-seli ke dalam adunan dan kaup balik menggunakan spatula.
Masukkan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh (Kim mengguna sudu aiskrim dan Kim masukkan sebanyak 2 sudu).
Masukkan nutella kedalam piping bag dan pipekan nutella diatas adunan secara lingkaran ubat nyamuk.
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 hingga 20 minit.  (Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih  bolehlah diangkat)
Keluarkan dalan sejukkan atas redai.

(Sembang Kim : Kalau melihat hasil tangan Puan Azlita sungguh menarik dan menyelerakan juga cara beliau mengambil gambar-gambar masakan amat menarik hati untuk mencuba resipi beliau, terima kasih Puan Azlita kerana sudi berkongi ilmu masakan)

No comments:

Post a Comment