Cara menggoreng popia ikut cara @kualihelena
Resepi inti by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 batang lobak merah saiz kecil, sagat
1 biji epal hijau, sagat
1 biji epal merah, sagat
1 biji tomato buang isi, dipotong
1 biji timun sagat
1 ulas bawang putih cincang halus
Kulit popia
Garam
Perisa
Minyak menggoreng
Gam popia: tepung + sedikit air
Caranya:
Masukkan 1 sdb minyak, tumis bawang putih sekejap.
Masukkan kesemua sayuran, garam dan perisa, gaul rata sehingga sedikit layu. Tak perlu dimasak lama, tapis dan perahkan air.
Sejukkan inti.
Sediakan kulit popia, Letakkan inti ditengah, lipat kedua belah dan gulung jangan terlalu ketat.
Panaskan minyak, api sedang, goreng popia dan sentiasa dikacau dan balik kan supaya masak sekata.
Bila dah kekuningan bolehlah diangkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos kegemaran.
No comments:
Post a Comment