Monday, 18 January 2021

Peha Ayam Sumbat Mozella Cheese




Inspirasi dari:@deadessert @recetasgeniales 

Recooked by@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam
Sedikit lada hitam kisar
Sedikit rosemary segar, guna kering
Garam
Seasonings 
Air secukupnya

Cara memasak ayam:
Masak peha ayam selama 45 minit sehingga lembut. 
Carikkan isi ayam, kemudian blend atau cincang. 
Simpan tulang peha jangan dibuang, nanti akan disalut dengan isi ayam. 

Bahan-bahan salutan peha ayam:
Ubi kentang rebus dan lenyek halus. 
Sedikit serbuk lada
Garam secukup
Seasonings 
Isi ayam yang diblend atau cincang tadi
Sebiji telur
Serbuk roti secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya

Minyak menggoreng

Cara menyediakan salutan peha ayam:
Satukan ubi kentang dan ayam yang sudah diblend/cincang. 
Masukkan secukup garam, seasonings dan serbuk lada. 
Ambil sedikit adunan ayam blend/cincang, leperkan dan letakkan mozzarella cheese, ambil tulang peha ayam tadi, kepalkan pada tulang. 
Bentukkan seperti tulang peha dan tutup dengan kemas. 
Kalau tak ditutup kemas semasa menggoreng cheese akan terkeluar. 
Celupkan pada telur kemudian celup pada breadcrumbs. 
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. 
Tak perlu digoreng lama, toskan di redai. 
Hidangkan bersama cili sos dan makan semasa masih panas. 



No comments:

Post a Comment