Bahan-bahan:
1 paket kecil kue teow
1 keping tauhu potong kecil, goreng sedikit kekuningan
Taugeh
Daun kuchai
2 biji telur
2 keping fishkek, hiris, boleh guna udang, sebab saya tak suka udang tak dimasukkan, boleh juga dimasukkan isi ayam, sotong
1 paket sos Pad Thai jenama Kanokwan
Caranya:
Masukkan 2 ~ 3 sdb minyak dan panaskan.
Masukkan fishkek, kacau sebentar, masukkan pula tauhu yang sudah digoreng, kacau perlahan.
Tolakkan ketepi bahan-bahan ini ditepi kuali.
Pecahkan telur satu persatu, pastikan api kecil, biarkan telur seketika sehingga masak, barulah digaulkan kesemua bahan.
Masukkan kue teow dan pes Pad Thai, besarkan api, gaul sebati sehingga rata.
Sebelum dipadamkan api, masukkan
tauge dan daun kuchai, masakkan sekejap saja.
Hidangkan panas-panas.
Tip: tak perlu garam dan perisa cukup segala bahan. Kalau kue teow bungkus an besar pastikan diganda pes Pad Thai.
No comments:
Post a Comment