Tuesday 7 February 2017

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

























Resipi: Chef Zubaidah via mas-dapurmas.blogspot.com
Bahan-bahan:
**100gm serbuk koko
** 1 tin (390gm) susu cair Ideal
** 200gm minyak sayuran / butter cair
** 250gm susu pekat ~ guna 180gm

250gm gula kastor - guna 150gm gula perang
4 biji telur size A ~ pukul hingga berbuih
150gm tepung gandum * ~ bertanda * diayak bersama
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder *

Caranya:
Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin.
Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer.
Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan.
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.  Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Boleh juga di bakar selama 30 minit untuk setengah adunan, kalau buah 1 adunan bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170C.
Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.

Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar butter / margerin / minyak masak @ sayuran

Caranya:
Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.
Atau boleh menggunakan coklat masak dengan cara panaskan coklat masak dalam microware, bila coklat sudah cair, keluarkan dan tambah sedikit butter dan kacau sebati dan terus tuang ke atas kek coklat tadi.
Hias dengan hiasan kesukaan masing-masing semasa topping coklat itu masih panas, kalau dan sejuk nanti hiasan itu tak lekat bila ditabur atas topping coklat tadi.


No comments:

Post a Comment