Sunday 17 May 2015

Sambal Belacan Tomato








Resipi: Kim enakrasadaridapurkim

Bahan-bahan:
Tomato yang masak
Cili merah
Cili padi, jika suka pedas
Belacan, dipanggang
1 - 2 biji buah keras, dipanggang, jika suka
Jus limau kasturi
Garam secukupnya
Gula merah sedikit, jika suka
Sedikit minyak, jika mahu menumis

Caranya:
Potongkan cili dan tomato.
Masukkan sedikit minyak dikuali, masukkan belacan dan buah keras, kacau sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi, kacau.
Masukkan tomato dan garam secukup rasa, kacau sehingga tomato kering.
Angkat dan tumbuk bahan-bahan yang ditumis tadi dan tumbukkan sekali dengan sedikit gula merah.
Jika tak cukup garam boleh ditambah.
Masukkan jus limau kasturi dan kacau.
Hidangkan bersama dengan sayuran ulam.




No comments:

Post a Comment