Saturday, 23 May 2015

Cucur Mulat-Mulat(Bulat-Bulat) Ala-Ala Kak Jee




Sumber: Kak Jee, terima kasih sedap2, kalau ada tetamu tak diundang bolehlah dihidangkan dengan cucur mulat-mulat/cucur bebola.

Bahan-bahan:
1 mangkuk (apa2 mangkuk sukatan boleh) tepung gandum
Hirisan bawang besar
Hirisan bawang kecil
Hirisan bawang putih
Halia disagat kasar
Lobak merah disagat kasar
Udang kering/ikan bilis, basuh dan toskan, kemudian disangai hingga kering, ditumbuk kasar

Caranya:
Masukkan bahan-bahan diatas kesemuanya ke dalam mangkuk besar, kacau sehingga rata.

Bahan-bahan dijerang hingga mendidih:
1 mangkuk air (guna mangkuk yang sama menyukat tepung)
Garam secukupnya
Sedikit kiub ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit

Caranya:
Setelah bahan-bahan tepung dikacau rata.
Tuangkan kesemua air panas ke dalam adunan tepung, kacau dengan cepat deng sudip kayu sehingga sebati.
Bila suam-suam bolehlah dibentukkan dengan bulat-bulat.
Goreng terendam dengan minyak yang panas, setelah dimasukkan cucur, kecilkan api dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.  

(Nota Kim: Semasa masih panas cucur akan rangup diluar dan lembut didalam, lembut sampai kemalam)

No comments:

Post a Comment