Saturday 23 May 2015

Mixed Nuts and Chocolate Chips Cookies

























Sumber: Rima / Kak Ita / Syapex, Kim ambil dari Syapex, cantik yang Syapex buat

Bahan-bahan:
200g margarine
50g butter, Kim bubuh semua 250g margarine
75g gula halus, Kim guna 42g
90g gula perang, Kim guna 100g
3 biji kuning telur, Kim guna Gred C 3 biji
½ sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coffee oil (boleh letak coffee paste jika tiada)
120g coklat chips kurang manis
100g mixed nuts, bakar sebentar
350g tepung gandum *
15g serbuk koko, Kim guna Hershey’s *
½ sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil garam, Kim tak skip *  bahan bertanda * diayak

Caranya:
Panaskan oven ke 160C.
Lenser dulang pembakar dengan minyak dan butter (Kim letak alas kertas minyak).
Pukul butter, gula dan gula perang sehingga lembut.  (Kim guna sudip kayu untuk memukul).
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunan sebati, masukkan vanilla esen dan coffee oil dan pukul sehingga rata.
Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu dan kacau rata.
Masukkan coklat chips dan mixed nuts dan gaul rata.
Sudukan atas dulang pembakar, ikut saiz kegemaran besar atau kecil.
Bakar dalam oven selama 15 minit sehingga 20 minit (Kim bakar selama 30 minit).
Keluarkan dari dulang pembakar selepas masak dan letak di atas redai sehingga sejuk.
Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


(Biskut ini berbau harum apabila dimasukkan coffee oil.  My TIDR cakap sedap macam beli di kedai hehehe...... wangi dan rangup)

No comments:

Post a Comment