Monday 9 December 2019

Bebola Ikan Tom Yum




Bahan-bahan:
Pes ikan segera
Lobak merah dipotong panjang
Pes Tom Yum
Jus limau nipis
Air secukupnya
Minyak menumis
Daun ketumbar, jika suka untuk ditabur

Bahan-bahan tumbuk dan menumis:-
Akar ketumbar
Cili padi merah
Bawang putih
Serai diketuk dan hiris panjang

Caranya:-
Masukkan secukup air diperiuk dan didihkan.
Ambil pes ikan dan bentukkan menjadi bebola, cucukkan dengan lobak merah dibahagian tengah.
Gunakan sudu dan masukkan bebola kedalam air yang mendidih.
Bila sudah timbul di permukaan air, senduk keluar dan masukkan kedalam air yang sejuk.
Buat hingga habis.  Semasa menumis bahan-bahan rempah, ambil bebola dan toskan air, ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan rempah bersama serai sehingga wangi dan cili masak.
Masukkan pes Tom Yum dan jus limau nipis, kacau sebati.
Masukkan air sedikit, kacau sehingga mendidih.
Masukkan bebola ikan dan gaul sebati.
Rasa dulu baru dipadamkan api dapur.
Jika suka berkuah boleh dimasukkan air lebih, saya masak dengan cara kering.







No comments:

Post a Comment