Monday 4 September 2017

Pie Tee























Sumber resipi: ruzitakitchen.blogspot.com
Bahan-bahan untuk kulit:
180gm tepung beras
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh air kapur
1 sudu teh garam
350ml air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan, kacau guna whisk supaya ia tidak berketul-ketul.
Setelah itu panaskan minyak.
Rendam acuan dalam minyak panas sekejap.
Kemudian celupkan acuan pai tee ke dalam adunan.
Goreng pie tee sehingga warnanya keemasan.
Angat dan buat sehingga habis.
Semasa nak makan barulah dibubuh intinya supaya masih terasa kerangupan.

Inti cara Kim:
Sengkuang * disagat
Lobak merah *
Timum *
Sedikit isi ayam / udang dicincang
Bawang besar didadu
Sedikit minyak menumis
Garam
Gula jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan sayuran goreng sehingga sebati, masukkan garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan sejukkan, jangan masak terlalu lama.

Hiasan:
Bijan sangai
Cili merah dipotong halus
Hirisan daun ketumbar

Sos cili:
1 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar pes cili merah (cili masak yang diblend)
Gula 
Garam
Cuka
Sedikit air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos dikuali, didihkan.
Rasa dulu sebelum dimatikan api dan sejukkan sebelum diguna.

No comments:

Post a Comment