Sunday, 17 September 2017

Kuih Pelita, Kuih Limas, Kuih Tako

























Sumber resipi: via seleraputeri.blogspot.com ~ resipi : Kak Jee
Bahan-bahan Lapisan Hijau:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula ~ saya kurangkan
7 cawan air daun pandan (blend daun pandan dan sukat airnya)
Sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi

Caranya:
Larutkan kesemua bahan hingga sebati, kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas-bekas atau sampan daun pisang/kotak daun pandan. Ketepikan.

Bahan-bahan Lapisan Putih:
3/4 cawan tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung (Kak Gee guna 1 sudu, saya pun)
7 cawan santan (Kak Gee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan, saya guna semua pati santan)
1/2 sudu kecil garam ~ saya guna 1 sudu teh
Larutkan kesemua bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau.
Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

No comments:

Post a Comment