Tuesday, 5 September 2017

Ikan Bawal Sos Kicap, Halia dan Bawang Putih Goreng




Bahan-bahan:
Ikan bawal hitam, cuci bersih, lapkan kering dan potong kepingan, lumurkan dengan garam dan lada sulah secukupnya. bila hampir nak goreng sapukan dengan sedikit jus kasturi.
Goreng ikan sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan taburan:
Bawang putih dihiris dan goreng kekuningan, angkat & ketepikan
Halia disagat, goreng dan ketepikan
Lebihan minyak daripada bahan-bahan diatas yang digoreng, ambil sedikit tumiskan cili kering, masukkan semula bawang putih dan halia, secubit garam, lada sulah, gula jika suka, kacau sebati.
Angkat dan tabur pada ikan.

Bahan-bahan sos kicap:
Kicap pekat
Kicap cair
Lada sulah
Garam jika perlu
Minyak sedikit

Caranya:
Masukkan di kuali dan panaskan sebentar, angkat dan siramkan pada ikan





No comments:

Post a Comment