Friday 1 September 2017

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers





Resipi: Che Mid FP via norazlitaaziz.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ayam tidak perlu dipotong kecil ~ guna peha ayam

Bahan-bahan untuk perap ayam:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1" halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar herba campuran kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan salutan.
Sedikit mentega

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam atau 3 jam sebaiknya.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis.  Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Lada Hitam 
Resipi: Hana
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan stok ayam @ daging - guna air + kiub ayam
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4 - 5 sudu serbuk lada hitam
2cm batang celery dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega / margerin
1/2 tin cendawan butang dihiris
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air.
Garam dan gula jika perlu

Caranya:
Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga celery, didihkan.
Kemudian tapis, buang bawang dan juga celery, kalau tak nak tapis pun tak apa.
Didihkan semula.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/margerin, sos tiram dan juga cendawan butang, garam dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.



No comments:

Post a Comment