Friday, 29 September 2017

Paf Keladi






















Resipi : Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan:
100g daging itik ~ campur dengan ayam
1 labu bawang besar, didadu
100g isi udang, dicincang
3 sudu besar kacang pis
2 sudu besar air
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil tepung ubi kayu (dicampur 3 sudu kecil air)
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak bijan secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Bahan Doh Masak:
115g kanji gandum
200g air

Bahan Doh Kulit:
610g keladi
128g Doh Masak
2 1/4 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk penaik Double Action
150g lemak sayuran
40g tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rempah lima
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Caranya:
Untuk inti:
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga harum.  Masukkan itik, udang, pis, air dan kicap cair.
Goreng sehingga masak.  Tambah bancuhan tepung ubi kayu, garam, serbuk lada hitam dan minyak bijan. Matikan api, kacau dan biarkan sehingga sejuk, ketepikan.

Untuk Doh Masak:
Didihkan air, masukkan kanji gandum dan kacau sehingga pekat.

Untuk Doh Kulit:
Kukus keladi sehingga empuk.
Lecek halus kemudian uli dengan doh masak, gula dan serbuk penaik.
Masukkan perasa, lemak sayuran dan tepung, uli sebati.
Tutup dan letak di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Ambil doh secukupnya, leperkan dan isikan dengan inti.
Buatkan bentuk bujur.  Goreng sehingga keemasan.  Toskan dan hidangkan semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment