Friday, 29 September 2017
Mee Hoon Kerisik
Bahan-bahan:
Bihun, direndam sehingga lembut, toskan
Tauhu, dipotong kecil dan goreng, ketepikan
Bawang besar, dicincang
Daun kucai
Taugeh
Fish cake, udang, sotong, isi ayam (pilihan)
Kerisik (lebih kurang 3-4 sudu besar)
Garam
Serbuk lada
Sedikit air
Minyak menumis
Sambal belacan, ditumis dan tumbuk:
Cili merah masak
Cili api merah
Belacan, panggang dulu
Jus limau kasturi
Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan bawang merah yang dicincang sehingga layu.
Masukkan kerisik, fish cake, daun kucai dan kacau sebati.
Masukkan bihun, serbuk lada dan garam secukupnya. Masukkan sedikit air dan masak sehingga bihun lembut.
Masukkan taugeh dan sambal belacan, gaul sehingga sebati.
Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment