Monday, 15 September 2014

Terung Kicap Berempah Kari

















Bahan-bahan:
4 biji terung yang bersaiz kecil, dibelah dua dan digoreng hingga masak, ketepikan
Minyak untuk menumis dan menggoreng terung
Gula perang sedikit
1/2 biji limau nipis

Bahan-bahan tumisan, dicincang:
1 biji cili hijau
8 - 10 biji cili api merah (ikut kepedasan)
3 ulas bawang putih

Daun kari

Bahan-bahan sos:
1 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar Kicap manis
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Rempah kari daging

Sedikit air

Caranya:
Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan cincang dan daun kari, tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos dikacau sebentar dan masukkan sedikit air.
Akhir sekali, masukkan sedikit gula perang dan masukkan terung dibalik-balikkan sekejap saja, jangan terlalu lama nanti hancur terung, hanya untuk sebatikan dengan sos saja.
Sebelum diangkat, perahkan sedikit air limau nipis.


No comments:

Post a Comment