Bahan-bahan:
Kue Teow, dicelur sebentar dengan air panas, toskan
Sedikit minyak untuk menumis
Fish kek, dihiris *boleh dimasukkan udang, sotong, udang kering, jika suka*
Sawi, dipotong kecil
Tomato, dipotong memanjang
Cili merah, dibuang biji dan hiriskan
Cili api, dibuang biji dan hiriskan
1/2 kiub pati tom yam
1 sudu makan pes tom yam
1 sudu makan sos ikan
1/2 biji limau nipis, perahkan jusnya
Garam, jika perlu
Bahan-bahan rempah diblend halus dengan sedikit air:
3 biji Cili merah masak
Cili api ikut kepedasan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2" halia
1/2" lengkuas
Caranya:
Bahan-bahan yang diblend bersama air yang digunakan untuk blend rempah tadi dimasukkan di dalam kuali, kacau sentiasa, setelah hampir kering, masukkan pes tom yam, masukkan fish cake, kacau lagi sehingga air kering.
Masukkan sedikit minyak dan tumis dengan api kecil sehingga rempah menjadi harum dan sebati.
Masukkan tomato, cili merah dan cili api hiris, kacau sehingga tomato layu.
Masukkan sawi dan kacau lagi, masukkan kiub tom yam dan sos ikan, dikacau rata.
Masukkan kue teow dan dibalik-balikkan. Rasa jika perlu bolehlah di bubuh sedikit garam.
Sebelum diangkat masukkan jus limau nipis.
Hidang panas-panas.
No comments:
Post a Comment