Sotong kembang, dibersihkan, dipotong ikut suka, masukkan di kuali tanpa air di kacau selama lebih kurang 8 minit, angkat dan ketepikan, jangan terlalu lama nanti liat
Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup
Gula secukup
Bahan-bahan dikisar halus (bubuh sedikit air):
Cili kering
Cili merah masak
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras
(Jika suka boleh bubuh belacan, saya tak bubuh sebab hidung ni sikit sensitif)
Caranya:
Bahan-bahan yang telah dikisar halus dimasukkan di kuali tanpa minyak dan air.
Kacau sehingga air menjadi kering.
Setelah kering, masukkan sedikit minyak dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sotong dikacau sehingga rata dan angkat.
No comments:
Post a Comment