Saturday, 27 September 2014

Coklat Gugelhupf



















Resipi: 400 Resipi Terbaik Chef Wan
Bahan-bahan:
170g tepung serbaguna (guna tepung kek)
1 sudu teh serbuk penaik
6 biji telur (guna 7 biji gred C)
250g gula kastor (guna 180g)
200g coklat masakan kurang manis, cincang kasar
170g mentega, dicairkan dan sejukkan
180g hazelnut, dikisar (guna hazelnut serbuk)
50g coklat masakan kurang manis, cincang

Caranya:
Ayakkan tepung dengan serbuk penaik.
Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula hingga ringan dan gebu.
Cairkan coklat dalam mangkuk yang tahan panas, letakkannya di atas periuk yang berisi air sedang mendidih.  
Perlahan-lahan kacaukan coklat cair itu ke dalam campuran telur bersama mentega, hazelnut dan bahan yang diayak tadi.
Masukkan coklat cincang.
Tuangkan ke dalam loyang kek yang digriskan.
Bakar pada suhu 175C selama 50 minit.

(Kek yang padat seperti roti tetapi sedang lembut dan tidak berminyak, kaya dengan rasa coklat. Bagi penggemar kek coklat, kek ini tidak mengecewakan.  Saya suka kek seperti ini kerana tidak berminyak dan bila mengunyah tidak rasa seperti "tersangkut di anak tekak")











No comments:

Post a Comment