Saturday, 16 July 2022

Ikan Varuval

 





Resepi by:ambi's secret kitchen via youtube, thanks akka for scrumptious recipe
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Beberapa keping ikan senangin (guna ikan jenahak), cuci bersih dan toskan kering, gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, ketepikan. 
Gorengkan ikan separuh masak. 
Goreng dengan api sederhana dalam 2-3 minit, angkat dan ketepikan. 

Bahan-bahan rempah:
1 sdb jintan kasar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 biji pelaga
Daun kari
Cili kering dipotong dalam 1"
2 biji bawang besar, dicincang kasar atau hiris kasar
1 1/2 sdb pes bawang putih&halia

Bahan-bahan serbuk rempah (masala) :
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk ketumbar
2 sdb serbuk cili
1 sdb serbuk kari ikan
1/2 sdk gula, tak letak
1 sdk kicap manis

Minyak menumis
Sedikit air garam secukup
1 sdk jus perahan limau 

Caranya:
Masukkan minyak di kuali, panaskan sebentar, masukkan biji jintan, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga, kacau sebentar. 
Masukkan daun kari dan cili kering, kacau selama 1 minit. 
Masukkan bawang besar, tumis selama 2-3 minit sehingga layu, tak perlu tumis sehingga perang. 
Masukkan pes bawang putih dan halia. 
Tumis lagi selama 2 minit. 
Kecilkan api, masukkan rempah masala iaitu, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kari ikan, gula, garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan air secukupnya, kacau lagi. 
Kacau dengan api kecil, pastikan rempah masala tidak hangus. 
Kacaukan selama 3-5 minit.
Renihkan selama 2-3 minit, bila pecah minyak masukkan jus perahan limau.
Masukkan kicap, untuk mendapatkan warna yang cantik, kacau rata selama 2-3 minit. 
Bila semua dah sebati, masukkan ikan yang digoreng tadi. 
Gaulkan ikan perlahan, supaya rempah masala salut pada ikan, kemudian renihkan selama 5 minit supaya ikan masak sepenuhnya. 
Padamkan api dan hidang dengan nasi putih hangat.