Sunday, 14 August 2016

Tauhu Varuval













Sumber: Surianti Ramli via Kalaivani VJ
Olahan semula: Enak Rasa
Bahan-bahan:
2 Keping Tauhu digoreng
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah kari Baba's
1 sudu kecil garam
1" halia (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
* bahan-bahan di atas gaul rata, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing, ketepikan.

Bahan A(digoreng sekejap)
4 sudu besar jintan manis
10 tangkai cili kering (dipotong)
5 tangkai daun kari
1 labu bawang putih dihiris

Minyak secukupnya
Cara:
Panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
Dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih dan daun kari hingga wangi.  Angkat dan ketepikan.

Bahan B (untuk tumisan)
2-3 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna sebiji)
1/2" halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu besar serbuk cili Babas
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang ditumbuk halus dan buah tomato hingga layu.
Masukkan cili serbuk (pesan dari tuan punya resipi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang).
Tambahkan garam secukup rasa.  Masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan Bahan A iaitu bahan yang kita goreng sekejap tadi.
Masukkan ayam dan kacau rata hingga sebati.
Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar.

No comments:

Post a Comment