Sumber resipi: Mat Gebu
Bahan-bahan:
200g minyak sapi ( Jenama Gheeblend )
100g lelemak sayur @ Shortening
180g gula halus @ Kastor
100g cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80g suji
80g tepung jagung
Tepung gandum secukupnya ( +/- 370g )
Bahan salut:
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising ( yang ini nak letak atau tidak pun boleh )
Papercup saiz yang kecil secukupnya
Caranya:
Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut ( Dalam anggaran 370g tepung gandum ).
Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan-lahan ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam papercup yang kecil.
Nota Kim: Kalau menggunakan 1 tablespoon sebagai sukatan untuk menggentel akan menjadikan biskut bersaiz besar apabila masak. Sebaiknya gunakan 1 teaspoon sebagai sukatan untuk menggentel adunan biskut akan menjadi saiz yang comel.
Lebih tepung akan menjadikan biskut rangup. Kurang tepung (doh yang lembut) akan menjadikan biskut cair di mulut.
No comments:
Post a Comment