Sunday, 16 March 2014

Chapati Rolls Dengan Hot Dogs


















Bahan-bahan untuk Chapati:
Tepung atta
Garam sedikit
1 sudu besar butter / margerine / minyak sapi / minyak sayuran
Air susu + air, dipanaskan suam-suam

Caranya:
Masukkan tepung atta di dalam mangkuk besar. Masukkan garam digaul sebati.
Masukkan butter dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air susu sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli, uli sehingga menjadi licin dan lembut, ketepikan.
Setelah direhatkan selama 30 minit, uli sedikit dan ambil sedikit doh dijadikan dalam sebesar bola ping pong.
Taburkan sedikit tepung atta pada papan canai dan gelekkan.
Sapukan sedikit butter pada non-stick chapati pan dan masak chapati +- 2-3 minit, jangan terlalu lama.
Kalau timbul gelembung pada permukaan chapati tekan sedikit dengan jari, dibalikkan dan masak sebentar, angkat dan tutup dengan kain bersih.

Untuk isian:
Hot Dog, dipotong kiub
Bawang besar dihiris
Bawang putih dicincang
Jagung
Carrot
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam jika perlu, tak letak

Untuk sos dikacau rata:
Sos cili sriracha
Sos cili maggi
Sos tomato
Paprika sedikit
Lada sedikit

Bahan sampingan:
Bawang merah dihiris dan dikaramelkan
Timum crunchy

Caranya:
Masukkan minyak sedikit, masukkan hot dogs lalu digoreng sebentar.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan tumis sehingga layu, masukkan jagung, carrot dan air sedikit, masak sehingga carrot empuk.
Masukkan bahan sos dan masak sehingga pekat, angkat dan sejukkan sebentar sebelum di isi pada chapati.




No comments:

Post a Comment