Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Tepung gandum
1 biji telur
Krim masam
Garam
1 sudu besar minyak sunflower
Air + daun pandan + daun limau purut, diblend dan tapiskan, secukupnya
Caranya:
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender dan blend sehingga halus. Tapiskan.
Masukkan sedikit mentega di dalam kuali non stick sehingga panas dan tuangkan 2 sudu besar adunan ke dalam kuali. Perlahan-lahan ratakan sehingga bulat.
Setelah bahagian atas masak terbalikkan bahagian bawah, masakkan lagi lebih kurang 1-2 minit lagi.
Angkat dan hidangkan.
(Nota Kim: Lempeng ini lembut dan sedap dicicah dengan sos savouri atau yang manis seperti krim atau jem atau apa-apa sos pun sedap. Kim cicah dengan chutney isi ayam)
No comments:
Post a Comment