Monday, 1 February 2016

Ayam Serai















Resipi: aziejaya.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 2" x 2"
6 batang serai ~ dititik sehingga pecah bawahnya
2 keping asam keping ~ tak letak, terlupa 
Garam
Serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar:
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
20 tangkai lada kering - dibuang biji dan direbus

Caranya:
Ayam dilumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
Angkat ayam dan toskan minyaknya.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing.
Masukkan serai dan goreng lagi.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam keping dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk dimakan.
Angkat dan boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dengan nasi impit.

No comments:

Post a Comment