Bahan-bahan:
2 cawan tepung penaik
2 sudu besar tepung ubi kayu
Secubit soda bikarbonate
2 sudu besar minyak sapi dicairkan
1/2 sudu teh biji jintan hitam disangai
1/2 sudu teh biji jintan putih disangai
Garam secukup rasa *dibancuh bersama
Air Sejuk secukupnya *
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Caranya:
Masukkan tepung penaik, tepung ubi dan soda kedalam mangkuk besar, kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak sapi sehingga cair.
Masukkan minyak sapi kedalam tepung, gaul dan ramas sehingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh lebih kurang 30 minit.
Ambil sedikit doh dan leperkan, gelek sehingga nipis. Guna pemotong piza dan potongkan memanjang.
Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
No comments:
Post a Comment