Bahana-bahan kulit:
3 cawan tepung gandum @ plain flour * bertanda disatukan, sebatikan
1/2 sudu teh baking powder *
2 1/4 sudu besar minyak sapi, dicairkan
1 - 11/2 cawan air +/- air sejuk (air batu)
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula halus (jika suka)
Caranya
Masukkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk besar, masukkan garam dan gula,
Kacaukan sehingga sebati.
Cairkan minyak sapi, tuangkan ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.
Gaul sehingga menjadi serbuk roti.
Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tutup dengan kain dan rehatkan dalam 30 minit.
Sementara itu bolehlah dibuat inti.
Inti Kentang dan Ayam
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang direbus empuk, buangkan kulit, sejukkan sebelum diparut.
2 biji cili hijau dicincang / hiris
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji bawang putih ditumbuk *dijadikan pes
1" halia ditumbuk *
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Cili kisar kasar
Hirisan daun ketumbar
Hirisan daun bawang
Isi ayam dicincang
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng samosa secukupnya
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali tumiskan, bawang besar sehingga layu.
Masukkan cincang ayam dan pes bawang putih dan halia, kacau sebati.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk cili kisar, kacau rata dan tutupkan.
Supaya isi ayam masak.
Masukkan hirisan cili hijau, kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa, kacau sebati.
Angkat bila isi ayam empuk, masukkan parutan ubi kentang yang direbus tadi dan kacau sebati.
Jika kurang garam bolehlah ditambahkan.
Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan.
Canai sehingga menjadi bulatan.
Potongkan bulatan kepada 2 bahagian.
Kepitkan menjadi seperti bentuk kon.
Masukkan inti dan tutup dengan kemas.
Susun di pinggan sebelum digoreng.
Setelah siap semua bolehlah digoreng dengan api yang sederhana.
No comments:
Post a Comment