Sunday, 16 December 2018

Sotong Bakar




Sumber resipi: via intai-intaidapurfha.blogspot.com, resipi asal instagram Helena Rizanie
Bahan A:
1/2 kilo sotong yang bersaiz besar (cuci bersih dan toskan airnya)

Bahan-bahan B: diblend halus
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1" halia
2" lengkuas
2 biji cili padi merah, guna 8 biji cili padi
2 camca teh lada hitam

Bahan-bahan C:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh pati ayam
sedikit garam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh serbuk kunyit

Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga naik bau.
Masukkan bahan C. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia hangit.
Masak sehingga betul-betul pekat dan angkat.
Pastikan ia betul-betul pekat...baru diangkat.
Gaulkan dengan sotong dan perap selama 2 jam sebelum dibakar.
Semasa membakar, pastikan tidak terlalu lama untuk mengelakkan isinya menjadi liat.


No comments:

Post a Comment