Sunday, 27 January 2019

Enoki Mushroom & Udang Goreng Tepung





Bahan-bahan salutan:
1 cawan tepung penaik
1 cawan air sejuk
1/2 st bicarbonate soda
Serbuk pati ayam secukup rasa
Garam jika perlu
1 biji telur dipukul sebati

Udang
Enoki Mushroom
Kulit wantan, dibalutkan pada Enoki Mushroom
Minyak menggoreng secukupnya

Cendawan Tiram Goreng Telur Masin




Bahan-bahan:
Cendawan tiram, siram dengan air panas dan toskan kering, lap perlahan-lahan hingga kering
Minyak menggoreng
Serbuk telur masin

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Tepung ubikayu
Air
Telur
Santan





Asparagus Panggang



















Bahan-bahan:
Asparagus, potong bahagian hujung dan bersihkan
2 ulas Bawang putih dicincang kasar
Minyak sedikit
Garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan asparagus ke dalam mangkuk besar.
Masukkan bawang putih, minyak zaitun dan garam, gaul sebati.
Panaskan pemanggang ajaib.
Masukkan asparagus dan panggang sehingga masak atau 2 - 3 minit.

Udang Kukus Bawang Putih






Bahan bahan:
Udang dibersihkan, belah di bahagian tengah

Bahan-bahan taburan:
2 sudu besar bawang putih dicincang dan Goreng sehingga kekuningan
Daun bawang dihiris halus

Bahan-bahan sos, dikacau sebati:
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar bawang putih dicincang halus
1 sudu teh jus halia
1/2 sudu teh minyak zaitun
Sedikit serbuk lada
1 biji cili merah dihiris halus, buang biji

Caranya:
Sediakan pengukus dan panaskan pengukus.
Susun udang dpinggan dan taburkan bahan bahan sos diatas udang.
Balut dengan plastik cling dan kukus udang selama 2 minit. 
Angkat dan taburkan bahan-bahan taburan sebelum dihidangkan.



Friday, 25 January 2019

Kai Lan Cah Ikan Masin












Bahan-bahan:
Sayur kailan, cuci bersih dan toskan air
Bawang putih dicincang
sedikit cili padi jika suka
Ikan masin secukupnya dipotong kasar
Minyak menumis
Sedikit sos tiram
Garam jika perlu

Thursday, 24 January 2019

Ayam Halia Vietnam Stail








Bahan-bahan, diperap selama 20 minit:
Ayam dipotong kecil
Gula perang, jika suka
Sos Ikan
Sos Tiram
Halia dihiris, kemudian ditumbuk halus

Bahan-bahan tumisan, ditumbuk berasingan:
Bawang merah
Bawang putih

Halia dihiris panjang
Cili merah dihiris panjang
Sedikit daun ketumbar
Minyak menumis
Air rebusan ayam/air biasa

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali.
Tumiskan halia yang dihiris, kacau sebati, masukkan bawang merah dikacau dan masukkan bawang putih, kacau sebati.
Masukkan ayam dan dikacau sebati.
Masukkan rebusan air secukupnya dan kacau sehingga masak.
Setelah masak padamkan api.
Taburkan hirisan cili dan daun ketumbar.


Kacang Panjang Belacan





















Bahan-bahan:
Kacang Panjang
Minyak menumis
Garam
Sedikit air

Bahan-bahan ditumbuk:
3 biji Cili merah
2 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
1" belacan, dipanggang dulu

Caranya:
Masukkan 2 sudu makan minyak dikuali.
Bila panas masukkan kacang panjang dan kacau hingga bertukar warna, tolak ketepi kuali.
Tambah 1/2 sudu makan Minyak, tumiskan Bahan-bahan tumbuk sehingga cili masak.
Tolak semula kacang panjang di tengah Kuali, Masukkan garam secukup rasa Dan Sedikit air.
Kacau sehinnga kacang panjang lembut bolehlah dimatikan api.