Sunday, 3 March 2019

Ayam Kunyit Serai






Bahan-bahan:-
Ayam dipotong kecil, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit
Serai dihiris halus
Daun limau purut dihiris
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
Cili Capsicum dipotong kecil
Sedikit minyak
Sedikit air
Garam secukupnya

Bahan-bahan tumbuk kasar:-
Cili merah
Cili padi hijau/merah

Caranya:-
Masukkan minyak dikuali, tumiskan bawang putih dan halia sehingga layu sedikit.
Masukkan cili yang ditumbuk kasar, kacau sehingga cili masak.
Masukkan ayam dan kacau rata, masukkan sedikit air dan serai.
Masak sehingga ayam bertukar warna dan sedikit empuk bolehlah dimasukkan garam.
Kacau sekali sekala sehingga ayam masak sepenuhnya.
Bila ayam hampir nak masak, masukkan daun limau purut dan cili capsicum.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.





No comments:

Post a Comment