Sunday, 28 April 2019
Kentang Berempah
Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Ubi kentang, direbus empuk
Sedikit minyak
Garam
Secukup serbuk cili
Sedikit serbuk jintan
Sedikit serbuk lada putih
Hirisan cili merah
Daun kari
Bahan-bahan tumisan:
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
Sedikit biji sawi
Bawang besar dihiris
Kacang Panjang & Tauhu Cah Thai Stail
Kacang panjang potong kecil
Tauhu dipotong kecil
Cili padi merah dihiris
Cili padi hijau dihiris
Bawang merah kecil dihiris
Bawang putih dicincang
Daun limau purut disiat
Sos tiram
Pes cili Thai
Garam jika perlu
Air sedikit
Sedikit minyak menumis
Caranya:
Gaulkan serbuk kunyit dan sedikit garam pada tauhu, panaskan minyak dan goreng sehingga garing, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Guna dalam 1 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang merah sehingga layu, masukkan bawang putih kacau sebati.
Masukkan cili padi dan daun limau purut, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan pes cili Thai dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga kacang panjang empuk.
Rasa garam dulu sebelum dimasukkan tauhu.
Gaul sebati dan angkat hidangkan bersama nasi putih.
Friday, 26 April 2019
Ikan Bilis Goreng Sri Harum
Udang Bungkus Kulit Popia
Tahap kemalasan melanda........... tapi masih boleh makan tau.
Bahan-bahan:-
Udang besar dicuci bersih
Kulit popia dipotong empat segi
Sedikit garam
Daun ketumbar
Serbuk lada putih
Sedikit kicap cair
Minyak menggoreng secukupnya
Udang Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:-
Udang besar dicuci bersih
Pati asam jawa
Garam secukupnya
Gula sedikit
Lada hitam sedikit
Sedikit kicap pekat
Minyak masak sedikit dicampurkan dengan sedikit butter
Limau nipis dihiris dan perahkan jusnya
Caranya:
Udang yang telah dibersihkan digaulkan dengan kesemua bahan-bahan kecuali minyak dan jus limau nipis. Perapkan selama +/- 30 minit.
Panaskan minyak + butter.
Gorengkan udang sehingga masak.
Angkat dan tuangkan jus limau nipis.
Pengedil Tauhu & Ikan
Isi Ikan tenggiri dicincang kasar
Tauhu keping dilenyek kasar
Bawang merah dihiris
Cili merah dihiris
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit breadcrumbs
Daun bawang dihiris
Garam secukup rasa
Serbuk kiub ikan bilis sedikit
Minyak menggoreng secukupnya
Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk, gaul sebati.
Bentukkan bulat dan simpan dipeti sejuk.
Sediakan kuali yang diisi minyak secukupnya, panaskan minyak.
Ambil keluar pengedil tauhu dan ikan gorengkan sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Ayam Double Glaze BBQ
Bahan-bahan Perapan Ayam:-
10 keping ayam
Garam secukup rasa
1 sudu besar jintan manis dikisar
1 sudu besar jintan putih dikisar
Lada hitam dikisar
Serbuk paprika
Bahan-bahan Sos Glaze Ayam:-
Kicap soya cair
Tomato sos
Madu
Lada Hitam kisar
Serbuk paprika/cili
Kiub ayam
Garam jika perlu
2 sudu besar minyak masak
Caranya:
Perap ayam menggunakkan bahan perapan.
Bakar 180C selama 25 minit.
Satukan semua bahan-bahan Sos Glaze ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Keluarkan ayam dari oven.
Sapu sos glaze, bakar lagi sekali sebentar saja.
Keluarkan ayam sekali lagi.
Sapu lagi baki sos glaze, bakar sekali lagi sehingga sos agak pekat.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Boleh diratah atau pun dijadikan lauk bersama nasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)