Friday, 26 April 2019

Ayam Double Glaze BBQ




Sumber resipi: Norasida Myasin, rasa.my
Bahan-bahan Perapan Ayam:-
10 keping ayam
Garam secukup rasa
1 sudu besar jintan manis dikisar
1 sudu besar jintan putih dikisar
Lada hitam dikisar
Serbuk paprika

Bahan-bahan Sos Glaze Ayam:-
Kicap soya cair
Tomato sos
Madu
Lada Hitam kisar
Serbuk paprika/cili
Kiub ayam
Garam jika perlu
2 sudu besar minyak masak

Caranya:
Perap ayam menggunakkan bahan perapan.
Bakar 180C selama 25 minit.
Satukan semua bahan-bahan Sos Glaze ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
Keluarkan ayam dari oven.
Sapu sos glaze, bakar lagi sekali sebentar saja.
Keluarkan ayam sekali lagi.
Sapu lagi baki sos glaze, bakar sekali lagi sehingga sos agak pekat.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Boleh diratah atau pun dijadikan lauk bersama nasi.

No comments:

Post a Comment