Sunday, 28 April 2019

Kacang Panjang & Tauhu Cah Thai Stail






Bahan-bahan:
Kacang panjang potong kecil
Tauhu dipotong kecil
Cili padi merah dihiris
Cili padi hijau dihiris
Bawang merah kecil dihiris
Bawang putih dicincang
Daun limau purut disiat
Sos tiram
Pes cili Thai
Garam jika perlu
Air sedikit
Sedikit minyak menumis

Caranya:
Gaulkan serbuk kunyit dan sedikit garam pada tauhu, panaskan minyak dan goreng sehingga garing, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Guna dalam 1 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang merah sehingga layu, masukkan bawang putih kacau sebati.
Masukkan cili padi dan daun limau purut, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan pes cili Thai dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga kacang panjang empuk.
Rasa garam dulu sebelum dimasukkan tauhu.
Gaul sebati dan angkat hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment