Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan wantan:
200gm ayam kisar
2 sdb tepung ubikayu
1 biji telur size kecil
2 ulas bawang putih tumbuk halus
1/2 sdb minyak bijan
1 sdb kicap cair
1 sdb sos tiram
Lada sulah
Cukup rasa dan garam
Secukup kulit wantan
Cara membuat wantan:
Satukan kesemua bahan diatas, gaul rata sehingga sebati.
Isikan diatas kulit wantan, bunjutkan.
Rebus di dalam air mendidih, bila timbul di permukaan, angkat dan toskan, ketepikan.
Bahan-bahan kuah:
4 ulas bawang putih, cincangkan
1 biji telur
Daun kucai, sawi, kobis, taugeh
Bahan-bahan sos:
1 sdb sos tiram
2 sdb sos cili
2 sdb kicap manis
1 sdb kicap cair
Lada sulah
Caranya:
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan telur, kacau dengan cepat.
Masukkan bahan sos, boleh tambah air jika suka berkuah.
Kacau hingga rata.
Masukkan sayuran dan wantan rebus tadi.
Kacau rata.
Letak atas pinggan, perahkan air limau kasturi dan siap dihidangkan hangat.
Huh,
No comments:
Post a Comment