Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1/2 ekor bahagian ekor ikan dicuci bersih, lumurkan dengan perisa dan stok ayam, tidak perlu dimasukkan garam
Bahan-bahan tumis:
1 sdb minyak
Garam
Perisa
Gula palm
1/2 biji jus lemon
Bahan-bahan hirisan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 lembar daun kunyit
1/2 biji cili merah
3 biji cili padi hijau
1 biji tomato size kecil buang empulur
Cara menumis rempah:
Panaskan minyak.
Masukkan bawang merah dan putih, tumis hingga layu.
Masukkan cili merah dan cili padi, kacau sebati.
Masukkan tomato dan kacau hingga airnya kering.
Masukkan garam, gula dan perisa.
Kacau sebati.
Masukkan jus lemon, kacau rata.
Angkat dan ketepikan
Cara mengukus ikan:
Sediakan pengukus dan panaskan air kukuskan.
Masukkan ikan yang sudah dilumur dengan perisa dan stok ayam.
Kukus ikan separuh masak.
Masukkan rempah dan kukus semula sehingga ikan masak.
No comments:
Post a Comment