Saturday, 30 October 2021
Sunday, 10 October 2021
Kari Telur
Recipe by:Doli Sarkar via TNT
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 biji telur direbus sehingga matang, kupas kulit
1 biji ubi kentang potong dadu
1/4 cawan tomato dicincang
1/4 cawan bawang besar dicincang
1/2 sudu teh pes bawang putih
1 biji cili hijau hiris serong
1 cawan minyak
1 helai daun bay
1/4 sudu teh biji jintan putih (halus)
1/4 sudu teh serbuk jintan putih
1/4 sudu teh serbuk
ketumbar
1/4 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk garam masala
1 1/2 cawan air
1/2 biji cili kering
Bahan perap:
1/4 sudu teh serbuk kunyit
3/4 sudu teh garam
Bahan taburan: hirisan daun ketumbar
Caranya:
Perapkan telur rebus bersama ubi kentang dengan serbuk kunyit dan garam, gaul rata dan ketepikan.
Panaskan 1 cawan minyak dengan mengguna api besar.
Masukkan telur dan ubi kentang, goreng sehingga ubi kentang masak.
Keluarkan minyak goreng dan tinggal kan dalam 2 sudu besar minyak.
Masukkan daun bay, cili hijau, cili kering dan biji jintan putih, tumiskan sebentar.
Masukkan bawang besar dan pes bawang putih, tumis sehingga layu dan berwarna coklat.
Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Masukkan tomato, kacau sehingga tomato lembut.
Tambahkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili, kacau sehingga pecah minyak.
Tambahkan air dan tutup dengan penutup dengan menggunakan api yang besar.
Selepas seketika, masukkan telur dan ubi kentang, tutup semula.
Apabila air dan menyusut dalam 1/2, masukkan garam masala dan masak seketika.
Kari telur dah masak bolehlah ditabur hirisan daun ketumbar.
Hidangkan bersama nasi putih.
Tuesday, 5 October 2021
Chicken Chukka Varuval
Recipe by:the spiceadverturess.com, Ms. Vanyadhanya
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
500gm ayam tanpa tulang atau bertulang sikit potong kecil
1 biji bawang besar cincang halus
1/2" kayu manis, guna serbuk
2 biji bunga cengkih, guna serbuk
1 sudu teh jintan manis hijau, guna serbuk jintan manis biasa
Segenggam daun kari
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh pes halia
1/2 sudu teh pes bawang putih
Garam
5 sudu besar minyak kelapa
Mushrooms seasonings
Caranya:
Asingkan sedikit rempah kayu manis, bunga cengkih dan jintan manis.
Kemudian gaulkan ayam dengan kesemua bahan kecuali bawang besar, minyak, perisa, rempah yang diasing dan daun kari.
Jika guna rempah kasar, sangai dulu dan tumbuk halus.
Perap ayam selama 1 jam.
Panaskan 5 sudu besar minyak.
Masukkan bawang besar, rempah yang dia sing dan daun kari.
Tumis sehingga bawang layu, guna api kecil.
Masukkan ayam, kacau sebati.
Tutupkan dengan mengguna api kecil.
Sesekali dikacau ayam supaya tidak hangit.
Tidak perlu dimasukkan air.
Masukkan garam dan mushrooms seasonings, kacau sebati.
Masak sehingga ayam empuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)