Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam, cuci bersih gaul dengan serbuk kunyit dan secubit garam
Air secukupnya
Yogurt/santan/kerisik
Garam secukup rasa
1/2" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sdt serbuk ketumbar
1/4 sdt serbuk jintan putih
1/4 sdt serbuk jintan manis
1/4 sdt serbuk garam masala
Sedikit serbuk kunyit
Minyak menumis secukup
Bahan-bahan kisar:
3 biji cili padi hijau buang biji, boleh guna cili masak hijau
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1/2 biji bawang besar
Caranya:
Panaskan minyak.
Masukkan kayu manis bunga lawang dan serai diketuk, tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar, tumis sehingga harum dan pecah minyak.
Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan garam masala. Boleh dimasukkan sedikit serbuk cili, saya tak boleh makan pedas sangat jadi saya tak masukkan. Tumis sehingga rempah masak dan sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata.
Masukkan ayam, kacau sebati.
Tambahkan air secukupnya.
Bila hampir kering, bolehlah dimasukkan yogurt atau santan atau kerisik.
Masak sehingga rempah meresap dan sebati.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.