Saturday 6 April 2013

Kuih Keria



By: Kak Wan / Sumber Masam Manis Ita

Bahan-bahan:
250g keledek putih / oren (kupas dan timbang)
1 sudu besar tepung ubi
80g tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk menyalut keria:
80g gula pasir
3 sudu besar air

Caranya:
Rebus keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas.
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan.
Timbang doh seberat 40g setiap satu.
Bulatkan dan leperkan.
Bentukkan lubang bulat di tengah.
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.

Untuk menyalut keria:
Sediakan kuali.  Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat.
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali.  Segera tutupkan api.
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.  Dihidangkan segera kerana gula akan mencair.
Nota: Jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut.



No comments:

Post a Comment