Saturday 20 April 2013

Nasi Pilau Buah-Buahan, Gulai Ayam Rendang Merah dan Terung Cili




Nasi Pilau Buah-buahan:
1 cawan beras basmathi, cuci bersih, rendamkan dengan air kunyit hidup yang ditumbuk/mesin
1 batang serai diketuk
1 biji bawang merah besar
1/2" Halia dihiris
3 helai daun pandan disiatkan
1 helai daun salam kering
1 cawan air
1/2 cawan susu low fat
Mixed Fruits di celur dengan air panas sebentar aje
Garam secukup rasa
Minyak sapi secukupnya
Kiub ayam stok jika suka
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji pelaga
1 biji bunga lawang

Caranya:
Masukkan minyak sapi kedalam kuali, tumiskan rempah 4 sekawan, serai, daun pandan dan daun salam.
Kemudian masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi dan masukkan halia .
Masukkan beras basmathi, garam, kiub ayam dan gorengkan sebentar dan kesemua sebati.  Masukkan air dan susu kedalam beras dan tanak sehingga hampir masak masukkan buah-buahan kering.
Setelah nasi masak masukkan 1 sudu besar minyak sapi ke dalam nasi dan kacau sebati atau jika suka boleh dimasukkan yogurt.

Gulai Ayam Merah Rendang:
Ayam secukupnya, bersih dan buangkan segala lelemak
Santan secukupnya
Rempah rendang Babas
Rempah kari ayam Babas
1 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukupnya
Ubi Kentang secukupnya

Rempah diblend halus:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit
Lengkuas sedikit

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, serai dan rempah diblend halus sehingga wangi.
Masukkan ayam, ubi kentang dan rempah rendang dan rempah kari, tutupkan sebentar.
Terbalikkan ayam dan masukkan santan secukupnya dan setelah hampir pekat masukkan garam secukupnya.
Jika suka lebih berkuah boleh masukkan 1/2 cawan santan cair.
Masak sehingga ayam empuk.

Terung cili:
Terung dibersihkan dan potong serong lalu digoreng sehingga bertukar warna dan angkat, ketepikan
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
Air sedikit
Air limau nipis
Kicap manis sedikit

Bahan-bahan rempah ditumbuk/blend:
Cili merah
Bawang putih
Bawang merah

Caranya:
Tumiskan rempah ditumbuk sehingga wangi, masukkan kicap dan kacau sebati.
Masukkan garam secukupnya dan terung, masukkan sedikit air dan masakkan terung sehingga masak, matikan api.
Perahkan sedikit limau nipis dan kacau rata sebelum diangkat

Acar Nenas Timun:
Nenas dipotong kecil
Timun dipotong kecil
Cili merah dihiris

Bahan-bahan perap pada acar:
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Air limau nipis secukupnya

Caranya:
Masukkan bahan-bahan perap pada nenas dan timun.
Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk.
Semasa hendak menghidangkan makanan bolehlah dikeluarkan dari peti sejuk.

No comments:

Post a Comment